pening-pening lalat.alhamdulillah aku rasa seronok hari ni.
walaupun hujan, aku ke sekolah juga. awal pula tu.
senior si M senyum-senyum aje tegur aku.
'dah baik?' ramah pula dia arini.
Mr Godzilla pun super baik.
dia siap datang lagi sapa aku di ofis aku.
aku kena buat poster hari ini.
lepas tunjukkan pada Cik Hudie_Hud semalam, aku rasa lebih yakin nak tunjukkan pada Mr. Godzilla.
Sekali Mr. Godzilla buat satu layout suruh ubah semua.
terutama bab pengenalan.
bagus dia ni, banyak mengajar macam mana nak berkomunikasi dengan audiens.
aku lega sebab dia siap datang ofis tunjuk apa-apa yang patut.
tadi tengok senior aku Si M beri talk pula.
kagum aku dengan dia.
speaker yang bagus.
bila dengarkan dia bercerita tentang projek dia, aku rasa macam aku tak capai apa-apa pun.
aku kena kerja lebih rajin lagi.
aku tak nak malas-malas lagi.
orang malas selalu rugi.
hari ni semua orang macam lay back.
sebab mungkin esok simposium, maka kerja tak banyak boleh dibuat.
aku pun balik awal sebab mahu print poster di kedai.
kemudian aku mahu buat kerja gila - ke Aberdeen.
tatau kenapa mahu berbuat gitu - memang dah geylong kot.
cadangnya mahu dinner dengan Cik Nunu dan Cik Hudie_Hud tapi Cik Hudie_Hud tak kasi datang.
dia kata ..."Mal, pls prioritise? Esok kan nak simposium?"
Maka, aku tak jadi naik Aberdeen.
cadang pula mahu tonton wayang tapi tiada cerita best.
PIC kata kalau tonton TRANSFORMERS dia mahulah ikut.
masalahnya, di Dundee tiada premier malam ini.
maka, kami pun bershopping groceries untuk jalan-jalan esok.
oh ye, saya esok saya tiada tau? sila jangan rindu saya :P
BTW - PIC mahu juga tonton Transformers malam ini.
Di Aberdeen ada premier - tapi terlalu jauh.
Maka beliau jumpakan di Perth, lebih kurang 20 minit dari Dundee.
Beriya sungguh beliau - walaupun beliau tahu beliau punya kelas besok.
Aku? takdelah kesah sgt pun.
malam tadi ada orang ajak datang rumah.
makan-makan.
ada dua orang budak Dundee akan balik Malaysia.
Cesss, tak aci korang balik.
tolong makankan Gulai Perut, tempoyak, ulam raja, nasi padang, roti bom dan sewaktu dengannya ok?
biar anda jadi gemuk, saya jadi makin kurus hahahaha!
ok, sekejap lagi nak dating dengan PIC. harap-harap cerita itu berbaloilah tengok.
*masih ingat rengekan si adik irfan bila cakap dengan dia... "akak tengok dulu ok? irfan kena gi sekolah esok..."
Ala....Kak Amalllll.....
Chumelllllnyaaaa....