kunyah-kunyah rice crackers perisa cili.pagi ini seperti hari-hari semalam.
hujan. lembab. lencun.
sejibik mcm kat Malaysia.
cuma terlebih sejuk.
dah dua tiga hari aku demam kura-kura.
tak nak pergi sekolah.
seriyes, malas gila mahu ke sekolah.
ni perangai aku masa kecik-kecik dululah.
dulu masa kecik-kecik punyalah malas gi sekolah (walaupun waktu bangun aku sama aje dengan waktu budak lain bangun) pastu tengok Selamat Pagi Malaysia dan kartun.
kalau bosan baca buku cerita/ensaiklopedia.
kalau bosan gak, tengok mak masak kat dapur.
itulah rutin aku bebila aku ponteng sekolah dengan alasan demam.
aku memang tak suka pergi sekolah.
tatau kenapa.
Cik Farah pulak tak pernah ponteng sekolah.
selalu kalau dia balik sekolah baru nak terkedek bertanya apa kerja sekolah yang ada.
kalau masa sekolah rendah bolehlah aku buat.
bila dah masuk sekolah menengah, sapa nak ajar aku buat kalkulus, algebra semua?
maka, aku kena pergi sekolah.
aku ingat sekarang dah besar berubahlah terus.
rupa-rupanya betullah orang kata "old habits die hard"
aku sampai sekarang memang tak suka sekolah.
sekolah ke, universiti ke. TAK SUKA.
sekarang ni musim aku 'demam kura-kura'
aku baru terperasan tahun lepas pun aku buat perangai macam ni jugak.
perangai bila aku dah pulun buat kerja elok2 dapat result bagus, present natang mende semua, kemudian aku buat hal.
aku penat. aku nak rehat.
lama.
aku rasa macam nak amik masa sebulan rehat aje. boleh?
ataupun satu minggu kerja kuat-kuat, satu minggu lagi rehaaaat aje. boleh?
ingat ni sekolah aku yang punya ke?
haih.
dalam masa-masa macam ni gak aku rasa iman aku dah tak kuat.
solat pun kalau boleh nak akhirkan zohor sebab nak tunggu asar.
akhirkan isha' sebab nak tunggu subuh.
itu kalau tunggu. kalau tak?
subuh dalam mimpi laaaa...
mungkin itu antara sebab aku jadi lemah.
tak bersemangat.
orang kata satu aje ubat nak baikkan benda-benda macam ni.
"berdampinglah denganku wahai si mambang...." (dialog cite p.ramlee)
eh tak tak. kita kena berdamping dengan orang-orang alim.
barulah hidup kita mendapat berkat.
aku pun pelik.
orang-orang keliling aku kebanyakan semua baik-baik dan skema.
nape aku tak boleh nak mengikut perangai baik diorang tu ye?
macam mana mereka boleh ada keazaman yang tinggi?
aku kagum gila dengan diorang-diorang ni.
aku nak jadi macam diorang, rajinnnnnnn bangat!
(haih, kenapa saya amik PhD nihhhh?)
semalam dalam mode demam kura-kura aku temankan Cik I dan abangnya ke Edinburgh.
Aku 'paksa' diorang lepak livingston dulu, in case
kemudian seperti biasa, ke masjid melantak nasi pilau.
kemudian ke kafe chocolate soup lepak-lepak gemukkan badan.
dalam berjalan-jalan tu (masih dalam mode demam nih) tiba-tiba ada orang laung nama aku dari jauh.
huh? siapa yang kenal aku kat Edinburgh nih?
aku pandang kiri aku pandang kanan.
ada seorang jejaka melambai-lambaikan tangan ke arah aku. haih. kachak.
aku tiba-tiba 'ter'berlari mendapatkan jejaka tersebut.
ceh ceh ceh macam cerita hindustan pula.
rasa nak peluk gak sebenarnya mamat tu.
tapi apakan daya, aku adalah Amal (maksudnya baik) - maka aku tak boleh buat benda-benda macam tu.
aku tiba-tiba rasa excited. lama kot tak jumpa mamat tu.
tak sangka dapat jumpa di Edinburgh.
"dunia ni 'besar' ye?" mamat tu kata.
ahaks.
aku ingatkan macam nak lepak dengan mamat itu tapi aku tak boleh ditch kawan kot.
dahlah hari ini hari jadi Miss I.
dahlah aku yang beriya mahu ke chocolate soup.
maka, aku terpaksa ditch mamat tu. hahahahahaha!
mamat tu kata Edinburgh ada 'bandar' bawah tanah.
dia suh aku gi tengok.
aku pun mengajak Cik I dan abangnya ke dunia gelap gulita itu.
kalau korang mahu tahu, Edinburgh ini bandarnya berbukit bukau.
maka, zaman dolu-dolu diorang buat rumah tinggi-tinggi (macam flat zaman sekarang) tapi bezanya mereka bina bermula dari bahagian tanah paling rendah.
mereka yang duduk di tingkat 1 adalah orang yang paling miskin.
di tingkat 4 middle class.
paling atas kau duduk, kaulah orang paling kaya.
PIC cerita Edinburgh ada banyak dungeon bawah tanah (dah nama dungeon)
paling terbaru diorang baru jumpa sewaktu pembinaan tram baru-baru ini.
Edinburgh sekali tengok memang ada gaya-gaya London sket.
memang banyak hantulah sebab dulu ianya bandar yang agak dodgy.
semalam ada juga ghost tour di area Edinburgh, tapi memandangkan dah malam sangat (dan rasa seram berjalan di bandar bawah tanah tu) kitorang pun baliklah.
nak gi castle, tutup.
nak daki calton hill dah malam.
maka, terpaksalah balik.
bila sampai rumah, barulah aku rasa demam yang bukan kura-kura.
pertamanya mungkin sebab body reaction dengan habuk-habuk kat bandar bawah tanah tersebut.
keduanya, sebab aku sebenarnya demam, tapi buat-buat macam tak demam.
ketiganya, aku banyak gila bercakap semalam. bayangkan sehari aku bergayut di telefon selama 5 jam? apa kena dengan aku nih? aku rasa aku dah makin geylong.
sekarang ni aku dah tak looking fwd nak buat kerja dalam minggu ni.
aku nak siapkan kerja untuk simposium Jumaat ni dan bercuti-cuti!
SILA JANGAN MALAS boleh?
*oh ye, cuba teka apa yang aku jumpa di Edinburgh?
SARSAPARILLA! aka air SARSI!
perghhhhhh! sarsi kot! feveret air aku kat Malaysia tuuuuu....