panas! panas! panas!hari ini berlanjutan kepanasan yang tak boleh diterima oleh kulit muka saya.
ramai gila yang suka dedah-dedah sana sini sebab seronok jumpa matahari.
tapi bagi saya, cukup-cukuplah tu. kat Malaysia pun tak panas macam ni.
haih!
saya perasan saya senyap dua tiga hari ni.
rasa macam lama aje tak berblog.
rupanya ini yang Michael rasa bila nak present viva dia aritu.
tak tidur malam, kering mata, rasa nak nangis pun ada!
ni semua gara-gara co-SV nak tahu semua data pasal projek aku.
dia selalu kata macam ni 'result minah ni mesti gempak, meh tunjuk sket?'
hahahahaha! dia tak cakap mcm tu la kan.
tapi basically itu yang dia cakapkan.
atas sebab itu, aku terpaksa bersengkang mata buat kerja selama seminggu.
eh tak nam hari aje sebenarnya.
dengan kerja sekolah pun tak menang tangan.
saya rasa terkilan jugalah sebab tak dapat menunaikan escapism saya.
yo'o lah kan! dari shopping dress(es) nak gi Brighton dengan lenjan main gitar dengan tengok wayang kata tak dapat escapism.
hahahahaha!
hari ini hari penyampaian data aku.
punyalah cuak sampai tidur pun terjaga setiap lima minit.
bila dapat lelap lebih seminit aje, rasa seronok yang amat.
sampai sekolah awal gak tadi.
Cik I bagi pinjam lappy dia untuk buat presentasi.
terima kasih Cik I (sayang kamu)
kemudian, aku tengok semua orang pun tak datang lagi.
haih, korang tanak tengok aku bercerita ke nih?
pastu lima minit kemudian, senior aku datang bawak laptop.
baik hati dia, ingat dia kat aku.
kemudian fellow yang tak pernah-pernah datang meeting pun dengan muka tak cukup tidur datang juga awal pagi nak dengar aku bercerita.
dari nervous bertambah nervous.
MR Godzilla aje yang tak datang lagi.
'Oh, ko tatau ke? Dia off harini, teman mak bapak dia datang sini.'
masa aku dengar tu, aku rasa syukur sangat sebab tak perlu present. tapi bila Co-SV aku pun dah datang, aku kena jugaklah teruskan perjuangan yang masih hangat membara nih.
'apa kata awak pergi depan, berdiri dan berikan talk. ala, macam kat seminar tu' kata co-SV.
oh, awak semua buat saya bertambah gementar! aku cakap sambil gelak-gelak.
aku keluar ke depan.
dalam ramai orang, aku bercakap juga.
mula-mula berpeluh yang amat.
kata aje celah mana aje yang tak peluh.
tapi bila lama-lama, aku jadi relaks.
tak sedar pun masa berlalu dengan cepat.
siap sandar tepi dinding, siap amik kayu point-point aje yang mana patut.
kata seorang lecturer, du~h!
kemudian, ade sesi feedback. aku sangat suka sebab diorang cakap macam kawan-kawan. cuba kalau aku present macam ni depan Mr. Godzilla, ko rasa apa yang dia buat?
tak kutuk, nanti dia herdik aku.
pasti aku menangis selepas itu.
Co-SV aku baik, dia latih aku mcm mana nak deliver points dengan baik.
dia ajak masuk ofis ajarkan apa-apa yang patut.
borak-borak dengan dia.
dia suka benar dengan Malaysia.
Truly Asia lah mendelah.
Siap anak dia pun buat presentation pasal orang utan.
coolness!
tadi lepas dah present aku ingat nak banjer misslam makan thai.
sebab dia sorang aje yang ucap gudluck kat aku semalam.
pastu bila makan-makan, tengok-tengok dia yang banjer aku :))
moga murah rezeki lam lepas ni. AMIN!
PIC posting ke Perth selama sebulan.
Lawak sungguhlah bila semalam dia laung kuat-kuat 'Jumpa kau bulan Oktober!'
Pagi ni datang kat muka pintu rumah aku. Tak bleh blah.
Tengah hari nak makan lunch dengan aku. Ah! Lagi tak bleh blah.
Hujung minggu ini ada tamu istimewa datang jenguk saya!
Ya Allah, saya rasa kekadang saya ni kerdil sangat sebab Allah banyak sangat bagi rezeki dan kasih sayang pada saya.
Syukur sangat.
Oh ye, looking forward untuk menghantar report dan poster.
banyaknya kerja waktu musim panas ini!