Thursday, 4 June 2009

imran.

Photobucket macam biasa. kat skoollll (bak kata Balqis)

haih. dah malam-malam baru nak datang sekolah.
kena buat macam ni, kalau tak - nak gi tengok wayang lah. jamming gitarlah. gayutlah.
kerja sekolah tak buat-buat.



baru balik dari jenguk adik Balqis, nama dia Imran.
Imran baru sahaja lahir minggu lepas, masa-masa nilah.
muka sebijik muka abang dia, Luqman.
ramai anak-anak baru Dundee tahun ni.
baguslah.

arini Tijah baik.
apakah peluang untuk Tijah berzanjikan surah Yasin di sebalik lagu-lagu Indon, Melayu dan Inggeris dan di malam Jumaat?
0.001%

tapi malam ni dia zanjikan surah Yasin.
tengah malam kamis jumaat.
rasa gerun juga (tiba-tiba rasa takut mati, boleh?)
umur dah 26 (cehceh perasan tua) tapi apa-apapun tak capai lagi.
orang lain dah beranak pinak, kita habis belajar pun tidak.

tadi tengah berjalan-jalan sorang-sorang duk terfikir juga.
macam mana kalau esok kiamat?
macam mana kalau semua binatang dah tahu, tumbuhan pun dah tahu, malah bumi pun dah tahu?

tapi manusia masih buat-buat tak tahu.

rasa sedikit gerun di hati.
eh bukan sedikit, kadang-kadang rasa macam nak nangis pun ada.
kamu mesti pernah rasakan begitu juga kan?

haih. kamis malam jumaat mcm nilah.
aku panggil sindrom kamis malam jumaat.
tiba-tiba badan rasa menggigil. rasa tak sedap hati.
berkecamuk.

moga malam ini tenang-tenang sahaja.

(nak buat kerja, nak buat kerja....)