Wednesday, 10 June 2009

cerita.cerita.mini.

Photobucket feeling numb.

cerita mini satu.
dua presentasi sudah berlalu. betullah orang kata; kau takkan sedar pun waktu tu akan berlalu.
alhamdulillah kedua-duanya berjalan dengan lancar. siap sujud syukur lagi. aku dapat keputusan SPM pun tak sujud syukur tang tu jugak.

cerita mini dua.
abah dah balik. lawak gila. waktu menghantar abah ke keretapi, aku kena lock dalam keretapi. nasib baik stesen berikutnya dekat. kalau tak, mungkin malam ini aku berada di London.

cerita mini tiga.
rumah saya bersepah. super sepah. makanan banyak gila. suh PIC datang habiskan makanan. tu pun tak habiskan juga. haih.

cerita mini empat
saya sudah tonton cerita Night at the Museum 2. Cerita itu lawak ok? Cuma terasa lawak itu dipaksa-paksa. dan ada lawak yg diulang dalam cerita pertama. kalau audiens ramai tadi, mesti mereka gelak juga. sayangnya, cuma ada 10 orang aje dalam panggung. camne?

cerita mini lima
saya ke st. andrews makan-makan dengan Cik I. ceh ceh, kalau PIC tahu, mesti dia kata saya les. hahaha! bak kata hud, kalau saya lelaki - pasti saya boleh jadi seorang boifren yang baik dan caring. hahahaha! tak bleh blah.

cerita mini enam
saya baru aje TERmengaku pada PIC yang saya sukakan seseorang. sangat malu ok? sangat sangat malu. owh itu bukan sayalah nak cakap dengan orang yang saya suka dia.

cerita mini tujuh
minggu ini saya tak produktif langsung di makmal. saya nak jadi rajin macam senior saya juga. tapi otak saya dah tepu mahu berbuat apa-apa. saya perlukan rehat. saya tak biasa buat kerja berat mcm nih.

cerita mini lapan
musim panas sudah datang. kamera baru sudah sampai. tapi sampai sekarang saya tak habis baca manual. dahlah saya tak suka membaca, pastu suruh saya buat kerja kat sekolah, suh saya baca itu ini. gitar tak bersentuh, Wii tak termain. itupun ada hati mahu ke kelas eksesais.

cerita mini sembilan
hujung minggu ini Dundee dan Aberdeen akan hujan. Maka saya tidak akan ke mana-mana. Mungkin bertapa di sekolah. Banyak kerja mahu dibuat.

cerita mini sepuluh
aim saya untuk minggu ini dan minggu depan adalah buat kerja rajin2. lepak kat sekolah sampai malam jika perlu. tonton cerita baru di wayang. dan mungkin mengurat orang yang saya crush dengan.

cerita mini sebelas
saya pelik bila PIC kata dia tak pernah tengok ex-awek dia punya rambut. maka, saya buat deduksi bahwasanya PIC saya baik. boleh ke buat macam tu?

cerita mini doblas
saya ada tanya-tanya abah, susah tak nak bawak motor besar? mungkin jika saya sempat belajar, saya mahu bawak motor besar beliau. bawa jauh 1 meter pun jadilah.

cerita mini tiga belas
oh, note this date - 090609. oh, saya rasa saya sudah jatuh cinta kembali. lame'ol'crush. bodoh betul perasaan ini.