Tuesday, 2 June 2009

gadis.berbaju.oren.

Photobucket berada di luar kawasan pemastautin.

saya berada di tempat Cik I.
Mesti kamu hairan kenapa saya berada di sini pada waktu persekolahan.
dengan kerja yang berlambak pula tu.
dengan kurang tidurnya pula.

saya sahaja mahu lepak-lepak.
cemburu lihat sinar matahari memancar kuat.
tapi hari ini agak sejuk dari hari-hari yang sebelumnya.
mujur tidak hujan.

saya mahu pulangkan lappy Cik I.
saya mahu belanja makan juga.
banyak dia tolong saya.
kadang-kadang saya rasa dia aja banyak tolong saya.
last weekeend dia temankan saya buat kerja di sekolah tahu?

sangat terharu! (PIC pun tak sebaik macam nih)

Cik I mengajak ke restoren Itali. Nama ristorante tersebut adalah Bella Italia. Jangan tanya aku kenapa ada gambar bayi dalam telur tu. Oh tidak, itu bukan menu utama restoren ini. Bukan hadiah harijadi juga. Kan best hadiah harijadi seorang bayi?;))

aku suka gila dengan decor kedai tersebut.
dahlah duduk atas kerusi leather siap bersandarkan rotan.
ni memang lepak habislah.

kami makan 3-course dinner.
dengan Cik I ni makan mahal-mahal pun takpe.
ni yang saya suka, orang yang tak reti berkira. (sambil hint-hint pada PIC)

aku dah lama kot tak makan kat restoren Itali asli.
last time makan di Italy lah.
dengan piza untuk sorang sebesar satu pinggan.
perghhh yg tu makan 3 hari pun tak abih.

Menu. Nota: Harga berpatutan. Sama aje kalau makan kat Roma, Firenze ataupun Venizia. Minus tiket kapal terbanglah.

Untuk starter, kami mencuba funghi (mushroom) dan roti itali. Untuk piza pula, kami mencuba piza berlaukkan cheese yang pelbagai. Kami lapar sangat sampai tak terambil gambar.

Untuk dessert pula, kami mencuba Banoffee Pie.
Oh sweety tooth!

Kemudian, kami ke kedai hadapan untuk minam kopi. Sukanya di bandar kecil ini, kedai kopinya buka sehingga pukul 10 malam. Tak macam Dundee. Pukul 8 pun dah tutup. Busan.

Seronok kalau lepak-lepak dan cuci mata nih.
Di restoren Itali tadi cuci mata tengok mamat-mamat kachak duduk satu meja ramai-ramai. Rambang mata ok! Haih, kalau saya pakai summer dress dan tak pakai tudung, mesti saya pergi flirt dengan diorang *akal nakal*

Sesi sembang petang/malam bersama Cik I. =)

Ni kes bila dah rindu gila pada D60 saya ;(

Oh, ye! Saya sangat stress sekarang. Maka, jika saya tidak online ataupun tidak update blog, maknanya saya sedang deal dengan stress saya. Kadar stress saya berkadar langsung dengan panjangnya masa matahari memancar di muka bumi UK ini.

Saya suka lepak-lepak hari ini. Tak pergi Stockholm pun takpe :D

Oh ye, rancangan gegila saya buat sekian kalinya sudah dirancang. Mungkin ini escapism saya untuk musim panas ini.

Doakan saya ye? Terima kasih ;)