Friday, 26 June 2009

phewww~

PhotobucketMs Pre-Menstrual betul-betul menduga saya.

hai. saya kembali lagi.
kerap benar saya berblogging.
tapi saya tak bosan.
saya harapkan anda pun tak bosan juga.

banyak mende mahu cerita.
sebelum saya bercerita itu ini, saya mahu kenalkan anda semua pada baby saya yang baru - D90.
saya tak bagi lagi nama best kat dia. nanti-nantilah.
buku manual dia pun saya selak gitu-gitu aje.

tengok mulut saya. macam lubang hidung kartun katak dalam cite UJANG tu. ngeh ngeh ngeh.

*ye. ye. saya makin gelap, gemuk dan tak lawa. eh tak lawa sejak dari dulu lagi :D*

ok, cukup iklan - kita sambung cerita.

Minggu ni adalah Minggu Graduasi bagi Univ of Dundee.
Ramai juga sahabat-sahabat kami yang bergraduasi untuk sesi kali ini.
Untuk hari ini sahaja, Encik Mahadi yang memeriahkannya.
aku tak mahu masuk, sebab dah muak asyik bertepuk tangan aje kejenya.
lagipun kerja sekolah banyak, maka kena buatlah - takkan asyik nak malas-malas aje.


Dia sekarang menyambung pengajiannya dalam bidang PhD.
sama baya, dan setaraflah kita. Alhamdulillah.
saya jeles sama Mahadi sebab dia dapat bunga.
eh masa saya graduasi pun saya dapat bunga juga. :P

oleh kerana keluarga Mahadi tidak hadir, saya cuba juga usahakan untuk gembirakan hati beliau.
saya tahu perasaan famili tiada bila kita bergraduasi.
sebab dulu saya pun macam tu juga.
nasib baik orang kampung Aberdeen came to the rescue.
lagipun si Mahadi ni saya dah anggap macam adik badik dahhhhh.
dia aje suka malu-malu ayam dengan saya ni.


selain saya, ramai juga yang hadir.
Kak M, Kak L, Kak I, Kak S, Kak A banyak sangat huruf kakak-kakak yang datang :P
kawan baik Mahadi pun datang juga.

yang pegang kamera itulah.
saya dengar-dengar dia single dan available.
siapa nak berkenalan?
sila tinggalkan nombor telefon anda di takkandapat@gmail.com =))

tengoklah aksi-aksi engineer yang terlalu gembira :))

ni je lah jejaka-jejaka bujang yang masih bermastautin di Dundee. yang lain dah bermigrasi :)) oh yang kanan sekali tu orang Durham :)

oh ye, esok ada sesi graduasi lagi. kali ni - MR. Batman dengan Miss Santarina pula sebagai tetamu undangan :D siapakah agaknya itu? :P


JENG.JENG.JENG!