Monday, 1 June 2009

warkah.buat.H.

Photobucket Kepada H yang diingati selalu.

Saya tidak tahu mahu menyusun ayat yang bagaimana.
Saya takutkan, jika saya tersalah bahasa ataupun tersilap kata, H akan terasa.

Sebenarnya saya bingung.
Entah kenapa H suka sangat buat saya serba-salah.
Bukan saya tak pernah mengingat.
Saya menelefon walaupun tak selalu.
Saya akan memberi tanda ingatan bila perlu.
Tidak perlu untuk mengingat tika hari lahir sahaja bukan?

Kepada H,
Saya tahu H sibuk.
Saya harapkan H tahu yang saya sibuk juga.
Kita berdua tahu ke mana hidup ini akan pergi.
Kita berdua punyai hidup yang berlainan.
Lain planet, lain bisnesnya.

Jadi, saya tidak kisah jika H tidak mahu faham saya.
Mengapa saya mahu terasa?
Anda adalah orang yang terakhir yang saya mahu terasa dengan.
Dan saya tidak marah dengan apa yang terjadi.
Soalan: apa yang sebenarnya yang telah terjadi?

H, anda telah berkata anda yang patut terasa, bukannya saya.
Biar saya bertanyakan soalan yang seterusnya - di manakah kamu bila-bila saya menghubungi kamu?
di manakah kamu bila saya menangis bersendirian?
saya faham anda sibuk.
malahan, untuk itu - saya tidak pernah mahu terasa pun.

Percayalah, saya memang mahu berkawan dengan kamu sampai bila-bila.
Bila kamu katakan saya merupakan sahabat baik kamu buat selamanya, percayalah - saya pun jua merasakan begitu.
Mungkin hidup kita berlainan tapi saya yakin persahabatan kita masih sehebat yang dahulu.

Semoga anda memahami isi hati ini.

Hidup baik-baik.

Miss Cherita Cerithi.