saya tak tahu kenapa saya rasa sedih gila harini.
saya tahu Ms. PM sedang mengacau jiwa saya.
rasa keseorangan.
mahu berteman ;(
saya suruh TIJAH nyanyikan lagu SLAM.
dia nyanyikan lagu mende ntah.
buat saya lagi mandom.
eh awak-awak.
nak tanya satu soklan.
pernah tak korang rasa inferior dengan orang sekeliling kamu?
sekarang ni saya berasa begitu kepada fellow photographer saya di Dundee.
aritu dia ada datang buat coverage untuk Graduasi Dr. Mirin dan Dr. Aisyah.
hari ni dia persembahkan karyanya di Flickr dan website beliau.
(nota: ianya website, bukannya blog)
bila melihatkan karya-karya beliau saya rasa saya seakan mahu menyimpan kamera saya dalam gerobok dan tanak bukak-bukak dah kamera tersebut.
saya rasa gambar-gambar saya tak cantik.
walaupun ada seseorang pernah datang pada saya dan katakan gambar saya 'hidup', tapi itu tetap tidak mampu membuatkan saya gembira kini.
saya tak suka edit gambar-gambar saya.
apa yang cantik pada mata saya, saya akan cuba rakamkan yang terdaya.
kecuali untuk menaikkan warna biru awan dan hijaunya rumput, saya takkan edit yang lain.
itu sebab gambar-gambar saya monotonous.
saya rasa sedih.
saya tak pernah berkata saya mahu menjadi jurugambar berjaya.
sebab saya tahu saya tak kreatif.
saya kurang berbakat.
haih. kamera RM5000 pun tak membantu. ;(