1600 batu. 3 hari 3 malam. 6 tempat. 1 UK.
penat.
misi sudah berjaya.
saya gembira dengan trip kali ini.
suka yabidubidu.
(ada sedikit rindu PIC, cane nih?)
****
hari Jumaat selepas ke simposium, borak-borak dengan fellow Malaysians yang berapa kerat dan tanya itu ini pada attendee yang lain, saya bersedia untuk ke England.
baju belum pack. makanan belum buat. kereta sewa belum berambil.
saya sudah tension.
****
mengambil kereta sewa. PIC temankan. baru tahu dapat kereta manual. dah cuak. 5 tahun tak pegang manual buat hati berdebar. minta tolong PIC pandukan.
terjumpakan Cik I dan abang beliau.
terkejut. dia tak bagitahu apa-apa pun nak pergi mana-mana.
kelakarnya mereka pun mahu ke England. tempat yang sama pula tu. mahu tumpangkan tapi kereta kecil. macam mana? mereka menaiki bas, kami menaiki kereta.
sebelum bertolak ke sekolah siapkan apa-apa yang patut.
baju packed. makanan siap dibungkus. Cik Hudie_Hud sudah sampai dari Aberdeen.
kami bertolak ke England malam itu juga.
****
Awal pagi Sabtu. Sampai ke Birmingham.
Cuba juga pandu kereta manual itu.
bayangkan punyalah cuak sampai kereta mati di tengah-tengah circle (roundabout).
ignite.
mati.
ignite.
mati.
nasib baik awal pagi.
tak banyak kereta.
Cadang mahu tidur di hotel yang ditempah.
Cik I beri text. dia kata hotel beliau tak berikan kunci jika mereka sampai lebih 4 pagi.
terpaksa menyamar jadi Cik I.
ke hotel beliau dan tumpang tidur sehingga mereka sampai.
kemudian dalam mamai-mamai ke hotel kami berjumpa dengan Bna dan Wanis.
mahu tidur...tapi hari sudah cerah ;(


****
bangun sudah lewat.
taklah lewat mana pun.
sempat ke London untuk bersarapan nasi lemak.
macam biasa di kantin Malaysialah.
terlupa pula ada aktiviti menarik petang nanti.
mana boleh makan berat-berat.

haish.
kemudian keluar London.
sesak.
mahu singgah ke Royal Tunbridge Wells (RTW).
tengok-tengok sesak gila.
ramai gila tourists di Central London.
GPS Cik Hudie_Hud kejap-kejap mati.
terpaksa mencari charger.
maka plan ke RTW terpaksa dibatalkan.
next - ke Brighton.
saya memang nak sangat gi Brighton.
nak gi pantai.
nak gi main ORB!
nak cari pusat orb punyalah payah.
dengan daki bukit yang curam.
dengan sesat. GPS pun tidak membantu.
setelah berpusing 3 kali, dan menelefon 3 kali baru berjumpa.
kemudian terpaksa hiking untuk ke pusat orb.
sampai sahaja di sana, bau BBQ dan arak sudah masuk ke hidung.
nampak bola orb sana sini.
teruja!
kami pilih aqua orb.
sebab ramai sangat ambil yang kering maka kami tak mahu tunggu.
untuk sesi aqua, kami diisikan ke dalam orb yang berisi air.
not attached to any strings.
seolah-olah anda berada di dalam sebuah washing machine yang sangat besar!
saya berpartner dengan Cik Hudie_Hud.
sebab kami besar.
saya tengok muka Cik Hudie_Hud sudah cuak. dia nak tarik diri.
saya beri dia semangat (lagipun tak boleh masuk sorang2 pun)
dan kami pun berjaya mencuba!
saya tak muntah dan sangat-sangat basah!
dahlah di atas bukit itu sangat sejuk.
nasib baik tak hypothermic.


****
habis sahaja menyalin baju di dalam kereta, kami bergerak ke Brighton Pier.
tempat yang saya sangat sangat mahu pergi.
ada funfair di sana. meriah.

lepak sana pun sekejap sebab sudah mahu malam dan tiada parking.
kami park pun dekat-dekat dengan garisan kuning.
tapi sempatlah bergambar itu ini dan menikmati candy floss!

****
kami bergerak ke London City Airport.
Buat pertama kalinya buat hari ini saya tidak matikan enjin di dalam bandar London yang sesak itu!
Kami tidur di hotel yang berdepan dengan hangar kapal terbang British Airways.
sangat besar ok kapal terbang tersebut!
oleh kerana kami lapar sangat kami mengorder pizza halal dari kedai mana-ntah dari lobi hotel.
****
sudah Ahad.
masih tak tahu mahu ke mana.
Greenwich mungkin? sebab dekat sahaja.
Greenwich sangat cantik.
tak berubah sejak tahun lepas.
cuma tahun lepas saya pergi agak gloomy dan sejuk.
kali ini hari sangat cantik dan panas.


jalan-jalan.
makan-makan.
tengok-tengok.
dapat pijak GMT (Greenwich Mean Time) pun jadilah.

****
bergerak ke kantin Malaysia.
Solat. minum petang.
rembat nasi bungkus.
beli subway halal.
****
bergerak keluar London ke Lake District.
jauhnya lebih kurang 5 jam.
sampai ke hotel, makan tonton TV, baca majalah. tidur.
rupa-rupanya malam ini malam yang paling pendek (21st June 2009).
****

Isnin.
bergerak mengelilingi ke Lake District seawal 8 pagi.
mencadangkan Windermere, Ambleside dan Keswick.
jalan-jalan.
tangkap gambar.
oh! sudah tengah hari.
terpaksa bergegas balik ke Dundee.
mahu pulangkan kereta sewa.
pecut 150kmph.
sampai ke rumah selepas 3 jam.
Dari England ke Scotland dalam masa 3 jam!
pecah rekod saya tahu?!
****
tinggal saya seorang diri di rumah.
melihatkan 1000 keping gambar dan melayan nostalgia 3 hari yang berlalu dengan indah.
saya suka.
nanti kita jalan-jalan lagi ye?
saya sedih.
kena pergi sekolah esok! ;(
****
oh, ye! saya cuba untuk uploadkan gambar-gambar di flickr. pls bear with me ok?