Saturday, 30 May 2009

seteres.

Photobucket dabel seteres.

aku punya masalah tidur malam tadi.
pelik juga. selalunya aku hanya tak lena tidur bila ahad malam isnin.
tapi malam ni aku tak boleh tidur juga.

aku teringatkan seseorang.
aku teringatkan dia.
aku rindu dia.

'tiba-tiba aje?' respons PIC bila aku mengadu perasaan bodoh aku malam-malam ni.
aku pun tatau. aku terasa bagai diseru-seru pula.
siyes, bodoh gila perasaan macam ni.

PIC suh telan ubat tidur dan terus tidur.
aku dah lama tak makan dah sebab aku sangka aku sudah gembira.
aku dah tak mahu jadi junkie.

akhirnya aku tatau pukul berapa aku tertidur.
tapi bila bangun hari sudah cerah.
dalam pukul enam gitu.
aku bangkit, terus ke sekolah.
aku dah bazirkan 24jam dah semalam.
tak mahu malas lagi.

aku ke sekolah dalam pukul tujuh.
orang kata buat kerja awal-awal pagi rate efficiencynya 4 kali ganda dari tengah hari dan petang.
memang betul pun.
menjelang pukul 11 pagi aku dah siap macam-macam kerja.
dahla takde orang, aku sangat-sangatlah suka.

aku cadang nak pulun kerja sampai lewat petang dan mungkin treat diri sendiri.
lagipun sebelum ke sekolah tadi, aku dah siapkan sarapan, lunch dgn tea sekali.
maka, kalau nak tidur kat sekolah pun boleh sebenarnya. heh.

tak tak. aku kena balik.
aku terasa loser duduk sorang-sorang kat sekolah.
lagipun harini macam takde pun budak-budak main lari-lari kat depan ofis aku nih?
tengok budak kecil yang sakit-sakit tapi ceria memang sangat menenangkan minda dan jiwa.

ahhhh! sambung kerja kembali.
doakan aku 1hb jun ini.
terima kasih.