Monday, 11 May 2009

ada.orang.kata.saya.hawt!

ada tak orang pernah cakap macam ni kat kau (tapi kau dengar dari mulut orang lainlah):

"rindulah kat cherita-cerithi. tetiba rasa sunyi bila dia takde"

ada?

ada?

ada?

takde pun orang cakap mcm tu kat aku.
tadi kuar jalan-jalan dengan budak-budak UG: undergrad (siapa kata dak PhD tak mahu masuk dengan bebudak UG?)
dan seperti yang dijangka, aku takleh nak masuk sangat dengan tahap hyper mereka.
mungkin aku kena selalu ingatkan pada diri aku yang aku ni tak perlulah nak perasan muda kalau nak berkawan dengan diorang pun.
tapi terus terang aku katakan beramah mesra dengan mereka buat minda aku tenang.
semacam tak perlu fikirkan hal ehwal orang-orang dewasa.
selalu bila aku tanya orang, rata-rata mereka terkejut aku buat PhD dalam masa umur yang agak muda.
dan aku mengaku aku terlalu muda untuk benda-benda yang matang ni.

aku tonton cerita Star Trek tadi dengan seseorang.
jujurnya aku sukalah cerita ni.
mengingatkan aku masa kecik2 dulu, suka tonton cerita ini bila bila ada masa terluang.
cuma sekarang dah kurang minat dah.

dan pabila seseorang yang bukan seorang Trekkie pun komen cerita ini best, aku rasa korang patut tonton juga. tak rugi pat pound korang.
aku nak tonton pun sbb hero dia comel.
dan dalam wayang tadi baru aku tahu watak seorang mamat Scottish pun ada.
memang dalam spaceship tu punya rakyat berbilang kaum. tak perlu pergi Malaysia pun, ok?

next movie: apa lagi? Angels and Demons.
siapa mahu tonton sila angkat kaki.

maknanya sila blah dari sini. ;))