Saturday, 23 May 2009

lelaki.sensitif.vs.lelaki.hati.kering.

Photobucket being very useful to herself - at least for today.

bila aku ke kursus perkahwinan minggu lepas di Aberdeen, aku terasa memang mahu mencari seseorang tanpa menjadi seorang yang idealistik.

ye, saya seorang yang idealistik. tu sebab sampai sekarang saya memang jarang gila suka pada lelaki. oh ye, dan mungkin juga saya tak cukup gedik. bukankah tipikal lelaki melayu sukakan perempuan gedik-gedik mcm tu?

ok, enough with the generalisation.

Ustaz berkata mencari pasangan bukan menjadi yang sempurna, tapi mencari yang ideal di mata sendiri.
selalu bila aku 'ter'jatuh suka pada orang, aku suka menjadi seorang yang idealistik.

contohnya begini:
'dia ni baik - solat tak tinggal bla bla bla.... TAPI.... dia kedekut'

dan selalunya bila jadi macam ni, aku akan terus jadi tak suka. kadang-kadang aku terasa juga hati aku ni suka condemn hati aku sendiri.

kenapa aku tak pernah suka aje ketidaksempurnaan beliau(-beliau)?

'perangai memang sukar gila nak diubah' PIC bersependapat dengan aku.
atas dasar itulah aku kerap menolak mahu berkenalan dengan orang lain.
aku seorang yang judgmental, aku kerap fikirkan sesuatu yang buruk. the worst case scenario.
sebab? aku tak mahu kecewa seperti episod-episod hidup sebelumnya.
i can't bear see myself to get hurt again.

kalau dulu, bila-bila aku terjumpakan lelaki yang sensitif, aku berharap dia akan berubah menjadi seseorang yang independent. tak perlu nak jadi indecisive. tak perlu nak suruh aku aje buat segala keputusan.
awak tu lelaki tahu?

tapi bila aku dah berjumpa dengan lelaki hati kering. yang ego mencanak-canak tingginya, aku terpaksa makan-luah-makan-luah perasaan hati ni.
aku merajuk bukan dia nak pujuk.
nak jaga hati aku, lagilah kan?
aku perempuan kot? tunjukkan yang kau care boleh?

bila dah jadi macam ni, prinsip aku tetiba berubah.
aku tak nak lelaki yang terlebih sensitif, dan aku tak mahu lelaki hati kering juga.

abih, macam mana saya nak kahwin nihhhh?!!!