1) bila pukul 7 petang (bukan malam) dah tatau nak buat ape. asyik-asyik jalan-jalan kat taman. kalau ade suami, anak-anak ke nak gak gi taman selalu. tadi tengok dua orang budak lelaki kembar mata biru main-main depan ofis. comelnya. bila aku tengok diorang sambil senyum-senyum, budak2 tu cakap kat mak ayah diorang - hahahahhaa! kantoi stalk anak orang!
2) kena tunggu subuh baru boleh tidur. kemudian pukul 6 dah bangun sebab duk ingat dah pukul 12 tengah hari. sleep deprivation.
3) kena beli flip-flop warna-warni. kena beli topi juga. kena beli skirt jugak. hahaha! macam pakailah kan. zaman-zaman itu sudah berlalu....
4) kena pakai sunscreen. kena pakai berulang-ulang kali. kat sini takde jual yang seputih oil of olay ataupun cap citra ayu segala bagai. makanya jangan risau orang akan cakap kau macam tepung gomak.5) kalau boleh bila hujung minggu aje nak buat BBQ. sebab itu sahaja yang boleh buat orang datang dan lepak-lepak umah kau. sebab ada makanan. kalau tak - tak koser kot orang nak datang.
6) masa nilah nak tengok koleksi pakaian diampaikan kat depan/belakang rumah. sampaikan yang kecik-kecik pun nak jemur jugak. nasib baik kat sini takde pencuri seluar dalam. pervert seyhhh.
7) waktu ni jugaklah kalau kau pergi mana-mana kedai makan ke kedai takeaway ke, orang duk beratur sampai luar kedai sbb diorang malas nak masak. lagilah kalau kedai eskrem. untung sapa bukak gerai jual eskrem.
8) boleh petik buah strawberry! biasalah kan. pastu leh gi lepak carboot sampai 4 jam! sebab orang baru nak jual baju-baju lama sebab diorang nak beli baju baru sampaikan wardrobe tak muat!