Friday, 15 May 2009

cherita.cerithi.

cerita satu


balada hati - KRU

aku suka dengar lagu ni bila malam-malam. okeh, sila cakap saya jiwang. pedulik apa aku.

cerita dua
tonton sudah movie Angels and Demons. verdict? - suka sebab kena banyak berfikir. tapi banyaklah kali tukar posisi duduk sebab lama sangat duduk dalam panggung. overall untuk orang yang malas tak sempat baca buku - cerita itu not badlah.

cerita tiga
rumah masih sepah. masak pun tak lagi. malas! malas! ada sesiapa tak nak buat spotcheck kat rumah esok? datanglah. kalau ada orang datang sure aku kemas sekarang jugak! haihhhh

cerita empat
masa tengok-tengok iklan transformers di panggung tadi, aku merasakan Si Megan Fox sangat seksi. bila balik aje, PIC cakap dia tu lesbo. adakah aku sukakan seorang lesbo juga? pssssttt... lesbo sekarang sangat hawt ape. aku hawt ape? :))

cerita lima
baru aje abih baca blog kawan PIC yang datang lawat Dundee last week. Dia sangat cool dan ceria ok? dan dia cakap aku photogenic. APAKAH?!!!!

cerita enam
aku rasa aku sudah kurang selera makan. sebab? bila aku makan separuh sandwich aku dah kenyang. bila aku makan apa-apapun mesti tinggalkan separuh. mungkin aku kena beli ziploc banyak-banyak.

cerita tujuh
aku tak suka terlampau menjadi dewasa. maknanya aku tak suka berdebat tentang sesuatu yang luar dari keperluan aku. aku tak pernah mengganggap aku sudah dewasa. tapi kalau kamu beritahu aku tentang sejarah - mungkin aku ingin tahu.

cerita lapan
aku baru bacakan iklan ini di sebuah majalah percuma:

"I'm a single man, and I know how to cook and clean for myself. What actually I'm looking for is a woman to love, and one who loves me. Who shares similar enough interests for us to spend plenty of time together, but not so similar as to become dull. To support me when I need help, and push me when I need strength. Who respects my opinion, and has her own."

hey! I can do that. Gimme your phone number pls? kalau dia tak hensem, mesti dia adalah mr. nice guy. perempuan tanak mr nice guy. :D

cerita sembilan
dah takde cerita. korang tak bosan ke baca blog aku? aku dah rasa sangap kot. tengoklah nanti bila aku tiada weekend nanti. hehehehe. mesti korang pun sangap gak.