soy drink, anyone?sejak semalam aku asyik gilakan ebay.
aku bid sana, aku bid sini.
patutlah main bid-bid rasa macam takleh tidur malam.
aku bid kamera polaroid.
aku memang nak kamera mcm ni sejak Cik I bagi aku sebuah travel journal.
senang, snap gmbr pastu taruk dalam tu.
minggu lepas nak cari polaroid kat carboot Kak M jumpa dulu.
tak ape. rezeki masing-masing.
aku kalah bid.
kata amatur.
hari ini matahari muncul lagi.
banyak pula kamera polaroid yang orang lain nak jual.
ada siap jual dengan filem lagi.
filem polaroid tu dahlah mahal.
tabah ajelah.
skali tup tup aku sempat bid polaroid yang orang tak pandang/terlepas pandang.
alhamdulillah rezeki aku, aku dapat harga 99p.
campur postage takdelah mencanak sangat harganya.
aku gembira.
aku juga sangat gembira hari ini kerana plan untuk buat kerja gila seterusnya rasa-rasa macam menjadi.
aku secara tidak rasminya telah menjual kamera DSLR pertama aku.
mulanya aku nak upgrade kamera aku dan berikan kamera lama pada Abah.
pastu Abah aku kata jualkan aje, sebab dia pakai kamera biasa-biasa pun dah OK.
kemudian, rezeki itu datang.
kebetulan Cik Nunu gatal tangan nak beli kamera DSLR juga.
oleh kerana dia tidak punyai apa-apa pengetahuan yang hebat tentang kamera gabak ini, aku cadang mahu jualkan sahaja pada beliau.
dan beliau bersetuju membelinya.
maka, plan gila untuk upgrade kamera akan dimulakan dalam masa beberapa hari lagi.
aku dah baca review itu ini mengenai kamera baru aku ni.
insha'Allah jika tiada aral melintang, dengan berkat nasihat pakar, aku akan tunjukkan pada kamu semualah my new baby.
but not yet.
terlebih hepi juga hari ini kerana plan cuti-cuti sudah sort out!
aku dah keep in touch dengan beberapa orang kawan sana sini sinun mahu berjumpa.
tak sabar mahu jumpa semua orang!
(mana tahu tetiba pergi dengan boyfriend ke terjumpa bakal boyfriend tengah jalan ke)
plan musim panas masih menemui jalan buntu.
dalam kepala sudah melekat tempat-tempat yang mahu dilawati.
cuma tiada kawan atau partner mahu ikut.
rasa nak mesej aje MR. A suruh ikut teman.
hehehehe.
nak ke
ps: tadi bila aku cerita pada semua orang aku gi CBS semalam, semua buat muka pelik. kenapa? carboot tu tempat orang miskin2 lepak2 ke? kenapa diorang bagi muka pelik mcm tuuuuuuuuuu? *nada tak puas hati dan pelik*