Tuesday, 19 May 2009

smile - it.confuses.people.

Photobucket smile like you mean it.

aku bangun awal hari ini.
penat. satu hari penuh jadual terisi.
sikit aje lagi.
sikit aje lagi.

terbangun pagi-pagi ni tiba-tiba teringat pada sahabat-sahabat di Malaysia.
PIC selalu kata aku tak keep in touch sangat dengan best friends di sana.
aku kan tak suka sangat bercakap, kecuali dengan dia aje... hehehehehe...
takdelah, aku rasa semua orang pun ada hidup masing-masing.
aku rasakan aku seorang aje yang buat effort nak berhubung dengan kawan-kawan aku.
kalau setahun aku tak tegur, jangan haraplah diorang nak tegur aku.
busyla kan konon.

semalam perut aku sangat gembira kerana aku berjaya memasak ayam masak merah setelah lama kepingin.
perghhhh, sampaikan makan 3 ketul satu pusingan!
selalu kalau makan benda lain nak habiskan separuh pinggan pun payah.
kalau selalu macam ni, susahlah nak jadi the slim lady. hahahaha!

kelas eksesais untuk semester ni akan sampai ke penghujung.
maka, aku kena start main tennis di luar, jogging di taman.
cadang mahu berenang juga. mungkin akan berbuat begitu di kolam renang hospital.
tengoklah macam mana.
aku pun nak prektis untuk cancer research 5K.
itu salah satu goal aku untuk tahun ni.
nak buat charity banyak-banyak.

musim berries sudah bermula!
nanti bila aku dah dapat gajet aku, bolehlah aku shoot gambar banyak-banyak.
aku cadang nanti nak request kawan-kawan kat sini pakai baju sedondon (ikut tema) dan kita buat outdoor photoshoot.
aku mahu buat yg ini.
tolong ingatkan aku yang ini.

haih, tak sabar~