Saturday, 9 May 2009

to.be.or.not.to.be.

ada seseorang pernah berkata pada aku.
bezanya perempuan dengan lelaki dalam satu perhubungan adalah bila mereka cenderung berkawan-kawan dahulu, kemudian baru bercinta.
lelaki pula akan jatuh suka dahulu, baru buat-buat berkawan (padahal mahu tackle sampai dapat)
kemudian bila dah dapat, buat-buat macam cool - layan tak layan aje.

aku cuba untuk tidak berbuat begitu.
pada aku berkawan biarlah berkawan.
aku treat kawan-kawan lelaki aku seperti kawan-kawan perempuan aku.
mungkin sedikit kasar lagi daripada kawan-kawan perempuan.
tak pernah mushy-mushy pun.
kalau ada yang cenderung ke arah macam tu, aku cuba renggangkan hubungan yang sedia ada.

aku lebih suka berkawan dengan lelaki bujang.
pertamanya: bila-bila terasa mahu keluar, tiada siapa akan menelefon di hujung talian bertanyakan "awak dekat mana tu? keluar dengan siapa tu?"

wahai perempuan-perempuan: anda tak layak bertanyakan yang itu OK?
dan aku tak suka bila si lelaki jawab perlahan-perlahan macamlah aku ada affair dengan dia.
"keluar dengan kawanlah..." tanpa memberitahu jantina.

dah selalu sangat macam tu. kebetulan nama panggilan aku sangat universal, maka untuk orang menganggap aku lelaki adalah sangat tidak mustahil.
ade pernah satu insiden aku mengambil sahabat baik aku (perempuan) di flat kediaman beliau dan aku nampak ramai gila perempuan bertenggek tepi koridor.

"oh! kitorang fikirkan Amal itu nama lelaki. kitorang fikir Amal tu mesti hensem"

dussshhh! kena sebijik. aku tahu - kalau aku lelaki mesti ramai berebut nak kat aku (perasan!)

aku dah lama tak rasa jatuh cinta. kali terakhir aku jatuh cinta yang impaknya terasa sampai sekarang adalah pada tahun 2005. lepas tu, aku dah tak jatuh jatuh dah. jatuh tangga adalah.

aku lebih suka berkawan dengan lelaki sebab senang aku nak kutuk diorang. diorang pun senang nak kutuk aku. walaupun terasa kekadang diorang anggap aku macam lelaki tapi aku tak kisah.

oh ye, bersambung cerita. kenapa aku suka berkawan dengan lelaki bujang. sebab keduanya adalah bila dia tak telefon ko sehari ko tak rasa keruan pun. takde nak marah-marah "ko pergi mana hari ini? kenapa tak layan aku?" maka tak perlu nak terasa hati.

ketiganya: aku boleh tolong ushar2kan perempuan-perempuan yang dia minat. kekadang terasa aku lesbian pun ada. sebab suka sangat tengok perempun cantik dan comel-comel.

keempat: bila-bila aku rasa sedih, dia dengan coolnya akan cakap benda-benda yang kau tak akan dapat dari seorang kawan perempuan. mungkin sebab mereka cool dan tidak beremosi dan mungkin sebab diorang adalah lelaki - tak ambil endah sangat soal pening-pening ni. live your life as it is. contohlah - kalau kau menangis-menangis ceritakan rasa sedih di hati, apa yang dia hanya buat cerita lawak yang takde kena mengena dengan masalah kau pun. kau pun macam pelik kenapa dia tak kisah dengan apa yang kau cakap padahal dia cuba distract kau dari asyik fikir apa sahaja masalah kau.

aku sangat sangat sangat jarang jatuh hati dengan kawan-kawan lelaki aku. sebab? aku tak mahu jeopardise hubungan persahabatan itu sendiri. mungkin aku juga seperti lelaki. jika aku suka lelaki itu, aku akan berkawan kerana aku mahu ada sesuatu dengan dia.

tapi aku manusia juga. kekadang aku terjatuh juga tangga. maklumlah, jalan kan licin. metafora tuh. ada beberapa benda yang boleh buat aku senang-senang jatuh hati:-

1) lelaki yang smart walaupun dia tak kacak. lelaki yang menjaga penampilan adalah lelaki yang boleh menjaga orang-orang di sekelilingnya.
2) lelaki yang berbau sedap. bau perfumenya memang sebati dengan bau badannya yang segar. maknanya dia sentiasa mahu rasa bagus untuk dirinya.
3) lelaki yang berbaju kemeja jalur-jalur berlipat lengan dan berbaju melayu lengkap. GAYA, MUTU, KEUNGGULAN.
4) lelaki yang suka cari gaduh dengan aku. eh silap, yang boleh tahan gaduh dengan aku. aku memang gila perhatian.
5) lelaki yang boleh berlawak tapi dalam masa yang sama serius dengan masa depan beliau. maknanya dia prioritise.
6) lelaki yang buat-buat cool depan orang (as in tak POYO) tapi sebenarnya dia adalah seorang yang pemalu dan suka ambil berat tentang kau.
7) lelaki yang suka looking forward pada kau (not in a mushy way) tapi tak cakap pape pasal hati perasaan tapi sebenarnya dia rindu kat kau. eleh, kau pun rasa yang sama bukan?

tapi jangan risau. aku mungkin tidak mungkin akan jatuh cinta dengan kawan-kawan lelaki aku. aku tanak hilang seorang kawan. walaupun orang kata bestlah kawen dengan best friend sebab dia kenal kau luar dalam, tapi pada aku itu semua mutual understanding aje.

macam kau kasih/sayang dia tapi tak cinta dia.
tapi bukankah hidup berkahwin itu berdasarkan perasaan kasih dan sedikit perasaan cinta? kerana rasa cinta itu boleh hilang, kasih itu senantiasa ada.

kalau aku kasih dan cinta dia macam mana?