pening-pening lalat!hari ini aku super malas.
sebab?
1) aku tak pergi sekolah. alasan - sebab semalam balik umah kol 9 malam. dah kira OT la tu.
2) aku nak belajar main gitar. oppps! ye, semalam saya beli gitar
3) rumah sepah. laundry terbiar berbakul-bakul. harus disegerakan.
4) mahu siapkan lab talk presentation di rumah sahaja.
sekarang tengok apa dah jadi?
aku belajar main gitar dari pukul 11 pagi sampai 5 petang.
aku dapat prektis main Cm, Am, Em, Gm, Fm, Dm, dan beberapa note yang lain.
maka, aku dah khatam main lagu paling senang
1) i'm leaving on a jet plane. cuma ada 3 notes aje.
2) semua tak sama - padi. ada 3 notes jugak, cuma ending note tu ade trick sket.
3) kiss a girl, keith urban - ni paling aku suka dan paling senang aku nak tangkap. kalau ada gitar elektrik mesti lagi sedap (ceh ceh ceh, baru belajar main 5 jam dah tunjuk terer). ada 3 notes dan repita.
4) you'll think of me - keith urban. permintaan cik nunu. penat seyh nak main. lagu aje mellow.
5) I'm yours - Jason Mraz. 3 chords je kot? mcm lagu budak2 :))
6) happy birthday! ni senang untuk bday kawan-kawan aku kalau aku takde pape hadiah nak bagi. Promise Kak M nak nyanyikan dia lagu ni gaks. :))
patutlah Kak M dah pesan main gitar mmg leka. habis satu petang aku lenjan gitar aku sampai strings pun macam longgar-longgar dah. jari pun dah kebas. esok-esok naik kematulah tu.
tapi masa mula-mula nak start main tu terasa mcm diri sendiri tone deaf. sebab tak tahu nak strum strings ikut rentak lagu. agak-agak mcm dah cuak jugaklah. beli gitar mahal2 pastu tatau nak main. tapi alhamdulillah, nasib baik bakat ada dalam diri. cewahhh... tak bleh blah.
aku ada rakam beberapa lagu kat dalam handphone. tapi sebab wireless dan memory card reader kat lappy aku buat hal, aku takleh nak upload lah. ala, aku pun pre-beginner je pun. baru nak belajar merangkak-rangkak.
----
ada kisah baru.
ni aku salahkan TAD.
sebab dia kata dia jumpa bakal prince charming aku.
kenapa semua orang boleh jumpa bakal prince charming aku nih?
sekarang aku dah pasang angan-angan nak jumpa dia.
nak tempah tiket kapal terbang balik sekarang boleh tak?
arghhhh! naik lagi satu jerawat!
deng!