oh baidewei. aku tertarik dengan pernyataan beliau:
"lelaki ni hanya akan berborak tentang tiga benda: SEKS, DUIT, dan SUKAN"
species lelaki ini juga bila mereka nak tackle perempuan, dia akan usaha cukup-cukup. Cik Saloma juga katakan mereka berbuat begitu sebab nak peneman aje. Lelaki secara lahiriahnya tidak tahan pada kesunyian.
hmmm...
dia juga berpesan tak perlulah kaum-kaum perempuan nak terharu segala bagai kalau si lelaki sanggup buat apa sahaja yang bila difikirkan luar akal memang agak tak boleh masuk akal.
ping! tetiba aku terasa kepalaku diketuk bertalu-talu.
selama ni aku berpegang kepada falsafah "dia layan aku lagi bagus dari setiap perempuan yang pernah hadir dalam hidupnya"
sekarang bila fikir-fikirkan semua lelaki bujang
mereka nak pada perempuan sebab mereka mahukan peneman.
itu sebab mereka mahu berkahwin bukan?
sebab mahukan peneman dan mungkin juga sebagai orang gaji mereka.
selalunya lelaki bila dah bekerja, dah pandai pegang duit sendiri, dah ada rumah dan dah ada kereta - yang terakhir sekali adalah seorang perempuan.
betullah bila orang kata - kalau nak tahu boifren tu serius dengan kita atau tidak - dia akan berusaha nak berkenalan dengan keluarga kita - tanpa paksaan.
kalau tak, mereka mestilah ada sebab-sebab mereka tersendiri.
atau diorang nak main-main aje sebenarnya.
betullah juga apa Cik Saloma katakan - lelaki ni takut dua benda aje: BERSUNAT dan KAHWIN. sebab untuk mengalami kedua benda ini, mereka akan secara automatisnya akan memasuki alam yang lain. itu sebab kalau mereka tidak mahu berkahwin - jangan dipaksa-paksa kerana mungkin mereka tidak bersedia.
dan pada kebanyakan kawan-kawan perempuan yang aku kenal, bila aku bertanyakan kepada mereka kenapa mereka memilih yang itu menjadi suami - jawapan yang selalu keluar pada mulut mereka adalah:
"dia ajelah yang boleh jaga aku"
maka? aku kena tunggu kat tangga depan rumah tunggu prince charming datang bawak harapan setinggi gunung?
penat aje aku hidup 25 tahun untuk buat mende tu aje. lagipun aku tak rasa ada prince charming yang tahan dengan aku.
jangan salahkan aku kalau aku tiba-tiba tertukar orientasi.
haishhhh... mintak simpang!