hirup kopi panas di kala hujan renyai-renyai.aku jiwa kacau hari ini.
tidak tahu kenapa, mindaku tidak boleh berpusing ligat.
aku tercegat berdiri di dalam ruang aku sendiri.
aku tidak tahu perasaanku kini.
aku kangenkan diakah?
atau aku setakat mahu teman berbicara?
aku fikir seorang diri tentang dia.
tentang aku dan dia.
bermula dari masalah yang sama.
depresi hidup.
aku kisahkan dia.
dia kisahkan aku.
dia berbicara aku tekun mendengar.
aku berbalas bicara, dia pun turut mengikut rentak yang ada. aku kembali mendengar.
pusingan hari-hari aku sebegitu.
jujurnya hidup itu terasa sarat diisi.
seronok, almaklumlah perjalanan itu nampak mudah sekali.
tapi kini aku tanya hati sendiri.
ini untuk apa?
ini untuk masa depan ataupun sekadar puraan hati sedih?
aku gembira, dia gembira.
cuma pada aku tidak cukup lagi takung gembira itu.
dia buat aku ketawa tapi hatinya kering dengan kasih sayang.
dia buat aku berfikir tapi mindanya sarat dengan kisah dua-puluh-empat-tujuh.
tumpuannya terganggu.
aku anggap ini mutual.
aku cuma mahu menjadi seorang sahabat yang baik - jika betul layanannya.
aku cuma mengharapkan supaya basahkan sedikit hati keringnya itu.
aku tahu sukar untuk aku lakukan itu.
dia kata aku sedarkan dia.
aku terpaksa sedarkan dia supaya tidak kering kontang pula perihal hatiku.
tidak sanggup dibuli.
tidak sanggup dilayani dengan bekas takung hati kering itu.
kecapi keseronokan ini bila adanya.
dia berpesan begitu pada aku.
nah! aku punya kamu.
aku punya rasa kegembiraan itu.
cuma sekarang - apa lagi?
samada ada ataupun tiada.
tepuk dada tanya selera.
aku rasa mahu nyah dari diri sendiri.
kerna aku sudah tidak kenal siapa diriku lagi.