"Amal itu maksudnya luas"
tiba-tiba aje Cik I berkata begitu.
masa tu aku tengah sibuk di dapur, dia sedang sibuk menyeterika baju kurung beliau.
haih. aku pelik. tiba-tiba aje dia kata begitu.
aku tanyakan kenapa ni?
dia kata dia baru sahaja habis baca satu bab buku yang bercerita tentang amal.
amal itu sebutannya adalah perbuatan yang baik.
"it reflects you"
i was like... "perempuan ni meroyan ke ape?"
"u know... seorang Amal would be like you. suka participate, sukakan buat sesuatu yang boleh buat orang gembira. just like you."
"even when you're upset - you're just being Amal"
itu sebab aku suka orang panggil aku Amal.
makhrajnya tak perlu yang berat-berat.
orang nak sebut pun senang.
tidak. itu bukan nama aku.
aku pernah berdebat tentang ini dengan seorang sahabat lelaki.
mengapa memanggil nama yang bukan nama sendiri pun.
nama asal aku pada aku keras.
sedari umur aku 16 tahun aku dah buat keputusan ini adalah nama panggilan aku sampai tua.
"just call me Amal"
ada juga yang mahu tahu nama penuhku tapi aku berat nak katakan.
bukan namaku tak sedap tapi aku tak rasa aku adalah seperti yang digambarkan.
kesempurnaan.
aku tak rasa diriku cukup sempurna.
lopong sana sini.
Amal's better. cukup yang itu.
maknanya baik. sebutannya lembut.
Jangan panggil aku mammal sudah.