Saturday, 2 May 2009

super.rindu.

Photobucket stuck in the lab.

sudah berhujung minggu.
pagi tadi hujan.
masuk ke tengah hari makin cantik pula hari.
aku cemburu.
sebab aku mahu pergi jalan-jalan.

aku mahu jalan-jalan macam tahun lepas.
aku suka lepak-lepak tak perlu berbuat apa-apa.
hanya mahu rileks.
hanya mahu rehat.

aku mimpikan seseorang.
aku mimpikan jagakan anak beliau yang tidak mahu dengan orang asing kecuali aku.
aku tak nampakkan isterinya.
dan dalam mimpi tersebut aku terjatuh hati padanya.

mimpi aje tu.
entah kenapa dia masuk dalam mimpi aku pun aku tak tahu.

tengok-tengok flickr yang lama-lama.
aku sukakan gambar ni.
super rindu dengan orang-orang Aberdeen ok?

tahun lepas. jalan-jalan pusing daerah Aberdeen-shire buat castle hunting.

ah! tak boleh jadi ni.
aku kena keluar dari sekolah sekarang jugak.
tak mahu jadi loser.

*oh ye, aku skang tengah looking forward nak jalan-jalan Wales dan South England. Siapa mahu ikut?!!!!!