Monday, 11 May 2009

soklan.retorik.

1) kenapa cerita-cerita Asia ditunjukkan di TV selepas pukul 12 tengah malam? itu maknanya orang-orang Asia suka berjaga malam ke?
2) kenapa waktu awal-awal pagi mesti ada manusia kecil di penjuru bawah TV cuba berbuat bahasa isyarat. konon-konon waktu itu aje org pekak dan bisu tengok TV.
3) kenapa bila terlibat dalam sesuatu perhubungan, kita mesti nak rasa cemburu. tak kisahlah cemburu dengan kawan sebab dia dapat satu markah lebih dalam ujian math ke, dapat extra satu scoop aiskrim sebab dia lebih comel sket ke. kenapa mesti nak cemburu?
4) kenapa orang suka sangat lepak kat kedai kopi mewah-mewah pastu tayang-tayang iphone, ipod, laptop - konon-konon tengah buat kerja atau cek email kerja padahal nak suh orang tengok yang dia tu orang ada-ada. mengada-ngada adalah.
5) kenapa manusia ni bila ada orang aje dia buat-buat bekerja dengan sangat rajin. pastu orang tak nampak, tak pulak nak jadi rajin.
6) kenapa orang ada sebutkan bohong/tipu sunat itu perlu? kenapa tak boleh jujur aje all the way?
7) kenapa lelaki suka tengok appearance perempuan dulu baru nak tengok yang dalam-dalam? kenapa tak telek hati dulu ataupun betapa pandainya dia? kenapa nak cari yang muka lawa dulu?
8) kenapa bila laki tak pandai main bola dianggap gay atau pondan tapi kalau perempuan yg tak pandai masak dianggap common? seksisnya dunia nih!


haih. ni entri stress setelah buat kerja.