Tuesday, 19 May 2009

semua.tak.sama.

Photobucket praise be only to Allah. murah betul rezeki hari ini.

hari ini aku poskan 4 bungkusan untuk orang-orang Malaysia.
lipstick M.A.C untuk mak dan ticket tren abah.
baju baby untuk bakal anak sedara yang tak lahir lagi.
dokumen untuk sponsor aku.
dan sesuatu untuk TAD.

pakcik pemilik pejabat pos tu terlalu ramah pula dengan aku.
dia tahu setiap seminggu sekali aku mesti muncul di premis beliau.
beliau katakan beliau mahu ke kuala lumpur.
dia mahu duduk di area bukit bintang.
aku agak kagum gaklah bila dia buat homework pasal Malaysia.

dia kata hotel di Bukit Bintang murah.
85 pound semalam.
OMG! itu sangat mahal kot?
tapi memang murah kalau nak banding dengan di sini.
untuk hotel 5 bintang aje di sini, kau kena bayar 200++ pound untuk semalam.
mahal? biasa-biasa saje pada diorang.

pastu dia suh aku sajes hotel mana.
masalahnya skang aku duduk KL, mana aku tahu hotel mana yang best?
kalau takat buat seminar itu ini, aku tahulah mana yg best.
tapi dia mahu dalam area Kuala Lumpur esp dalam Bukit Bintang.
mahu ke Berjaya Megamall agaknya.

aku sajes Hotel Grand Seasons di Jalan Pahang.
itu aje yang boleh aku ingat pun.
harga pun not bad, kalau convert dapat dalam 20-30 quids aje.

pastu dia nak gi Langkawi.
dia kata dia dah book hotel dapat dalam 20quids gak.
okla tu kalau dia kata murah.
pastu dia kata ada orang kata Redang cantik.
aku cakaplah, kalau nak cantik, better gi Perhentian.

haih... kagum gak bila orang tahu pasal Malaysia ni.
Dia kata dia suka Malaysia, alhamdulillah.

oleh kerana aku selalu sangat hantar barang ke Malaysia, dia bagi aku sticker AIRMAIL dengan Customs Declaration terus banyak-banyak.
ni perli baik punya nih... hhahhaahaha!
oh, esok mahu poskan perfume mak plak.
haihhh... macam-macam.

----

pelik aku tadi.
tadi tiba-tiba ramai pulak kawan-kawan aku di Malaysia buzz/text aku.
sebab diorang terasa lepas baca blog aku ke?
tahu takpe.
siapa yang busy dan sombong sekarang?
aku ke korang?
hahahahha!

ramai kawan-kawan aku masih single.
semua suruh aku carikan seseorang untuk diorang.
aku pun punya sedikit masalah.
aku pun single juga, macam mana?
kawan-kawan laki aku pun kebanyakan sama baya atau lagi muda, mcm mana?
silap besarlah kan suruh aku carikan?
hahahhaha!
adakah ni kes baru lepas hadiri kursus kawen?
haih!

*korang pernah tak makan biskut kacang tumbuk? sedap kan? aku baru tahu rasa itu sama dgn halwa orang Arab/Pakistan.