sekarang aku rasa macam mahu nangis.
rasa nak nangis tapi tak terkeluarkan air mata.
hormonal aje ni.
tapi siyes. aku rasa penat gila gila gila.
aku bergerak buat kerja tak henti-henti dari pukul 10 pagi sampai kini, 8 malam.
ambil masa rehat pun setengah jam. tu pun sambil makan sambil baca jurnal.
rancangan nak main squash ranap.
rancangan nak tengok wayang pukul 6, pun ranap.
aku takut kalau aku tengok wayang, skrin tu yang tengok aku.
anyway - hari ini hari jadi Abah yang official. yang kelakarnya - pada hari jadi dia, aku yang minta doa dia supaya cepatkan jodoh aku.
yang lawaknya juga, aku kirim text pada sahabat-sahabat baik aku supaya wish dia birthday. hehehe. maka, aku bukanlah his only girl, bukan?
haih, dah nak masuk maghrib - dinner pun tak makan lagi. ni yang dendam esok tak mahu datang sekolah ni.
super penat!
oh ye, kalau aku super stress dan super penat - aku akan tidur patbelasjam ataupun membeli-belah macam-macam. ataupun masak benda-benda yang leceh nak buat.
semalam aku beli baju
hari ini aku sikit lagi nak beli kamera DSLR baru.
esok jika kepala aku tak pecah, aku rembat lambo satu.