Monday, 11 May 2009

aku.rasa.rasa.kan.

Photobucket busan tahap cipan.

aku rasa aku punya sebuah masalah.
aku punya masalah untuk berkomunikasi.
eh bukan aku tak pandai bercakap cuma aku tak pandai nak bercakap di kalangan orang ramai.

aku dah lama dah sedar benda-benda mcm ni.
aku akan cepat rapat dengan seseorang kalau aku duduk berdua aje dengan dia.
DIA tu maksudnya sesiapalah.
tapi bila DIA tu berkawan-kawan dengan orang lain, aku rasa mcm sistem hubungan aku punya lopong sini sana.
macam si labah-labah, aku kait balik lopong-lopong yang ada.
kadang-kadang aku buat bodoh aje dengan lubang-lubang itu.
bukan tak nak kisah - tapi sebab aku yang tak mampu.

adakah aku mempunyai sindrom kawan-seorang-seorang?
adakah sebab itu juga aku punya kawan-kawan baik yang merata-rata tapi tak pernah dikumpulkan sekali?
tidakkah aku sudah katakan aku punya masalah untuk berkongsi?
this is all or none event.
kalau nak kawan dengan aku, kawan ajelah dengan aku.
kalau tanak sudah, aku cari kawan lain.

haih... aku rasa benda ni macam tak baik aje untuk aku.
mungkin aku kena cuba buka hati supaya dapat berkawan-kawan dengan ramai orang dalam masa yang sama.
mungkin aku tak akan dapat rapat dengan semua orang mcm mana aku rapat dengan seorang, seorang dalam masa yang berlainan tapi at least aku kenal ramai orang, kan?

entah. pada aku kualiti itu lagi penting dari kuantiti.
tapi ade orang nak jugak dua-dua benda tu.

haih. apa yang aku bebelkan ni?
kesimpulannya - kalau aku baik dengan si A, jangan harap aku nak sebaik dengan kawan-kawan A. tapi aku boleh aje suh si A berkawan dengan B yang aku pernah rapat dulu.

apa kena dengan aku ni?
oh, ye. aku baru aje cek fs aku.
aku rasa dalam 365 orang kawan-kawan aku, dalam 360 orang samada dah kawen, dah ada anak, ada boifren, dan akan mendirikan rumahtangga. gila!
yang lebih 5 orang lagi tu perempuan.
yang itu bila-bila masa aje tu nak sampai seru.

tinggallah aku keseorangan.
hmpppph.
ban fs! dan semua social networking!