Monday, 18 May 2009

it.is.what.it.is.

Photobucket menikmati pemandangan titis-titis hujan.

hujan lebat.
bau hujan itu membuatkan aku rindu pada Malaysia.
jarang Dundee berhujan.
bila hujan, tak sangka selebat begini.

entah kenapa aku tiba-tiba rindukan keluarga.
rindukan duduk di rumah sambil lihat titis hujan juga.
tapi di lokasi yang tak serupa.

perihal hujung minggu lepas sangatlah menarik.
dengan keletihan yang bertandang, bersama dengan borak-borak pengisian dengan sahabat-sahabat cukup mengujakan.
apatah lagi bila selesai sahaja berhujung minggu, itu juga sudah membuatkan aku gembira.

aku berhujung minggu di Aberdeen, kampung halamanku.
setelah sekian lama tak bersua wajah, berlaga pipi dan mencium apa yang patut, aku luahkan juga rasa rindu itu.
sayangnya perkara bahagia amat cepat sahaja berlalu.

aku ke kursus perkahwinan.
bersama Cik I dan Encik NI.
Cukup seronok bila bersama dengan orang-orang skema-bijak-pandai ini.
bertukar-tukar pendapat, berkongsi pengalaman.

aku akan kupas perihal isu perkahwinan di bebelism.
tapi apa yang menuntun rasa hati ini apabila satu soalan ini ditujukan kepada aku, selepas kursus tersebut:

1: Maka apa perasaan? Gembira?
aku: hmmmm... sambil menggangguk.
2: kalau diberikan pilihan, lelaki mana yang dijadikan pilihan?
aku: pertama: bijak. kedua: sama kufu.

ringkas. tapi penuh makna.

aku sukakan orang bijak. bukan sahaja bijak di atas kertas, malah dia juga bijak berkata-kata, bijak tingkah laku dan bijak soal emosi. ianya merangkumi semua.

tidak perlulah ustaz, doktor, jurutera, malahan juruterbang yang diutamakan.
jika si dia ada semua perkara pertama, nescaya aku akan terima.

sama kufu. aku tidak katakan anak dato/tan sri/perdana menteri/raja menjadi pilihan. malahan aku tidak sukakan tipikal anak-anak orang kaya. yang penting - dia mahu berusaha dan memanfaatkan perihal kepandaian beliau itu.

1: perempuan kena bersedia untuk hidup susah. itu syarat saya dengan bakal isteri saya.
aku: angguk. antara iya atau tidak.

jujurnya, aku sudah pun ke kursus perkahwinan setahun yang lepas. tapi aku rasakan kursus kali ini lebih bermakna.
lebih interaksi, lebih info.

dan aku sudah bersedia untuk mencari pasangan hidup.
dan aku antara percaya atau tidak - aku baru sedar lelaki-lelaki di sekeliling aku sebenarnya sangat sangat sangat baik dan 'bijak' - du~h! kenapa aku tak pernah terlihatkan itu sebelum ini?