lepak-lepak minum kopi.baru sahaja balik dari keluar lepak-lepak.
walaupun kerja banyak nak buat.
walaupun powerpoint baru siap satu slide (kena buat cartoon ok?)
tengah hari tadi aku mendapat sebuah text.
'kami otw nak pergi Dundee. nak jumpa Amal.'
oh! cuba teka siapa pengirimnya?
ORANG(-orang) ENGLAND ok?!
sangat suka! sangat suka!
walaupun banyak kerja (takdelah cakap kat diorang) tapi luangkan jugak masa bersama-sama.
lepak makan-makan.
lepak minum kopi.
ingat tak previous entry bila saya kata saya suka gambar cheeky pasangan yang berkahwin di Malaysia?
tak hingat?
haih. KLIK INI.
mereka datang lawat saya.
terharu gila tahu?
sekarang ni ramai aje kawan-kawan jauh dekat datang lawat saya yang sangat sunyi ini.
baru saya tahu betapa nikmatnya rasa gembira itu.
tengah hari tadi cuaca sangat cantik.
pandang atas, nampak awan putih mcm gula-gula kapas.
kalau di Brighton sekarang, kan bagus.
pertama kali berjumpa dengan pasangan kawan dan suami isteri ini memang bestlah.
borak-borak update gosip2 yang ada.
tu yang ingat nak lepak dua jam jadi 4 jam!
sampai diorang terlupa kena sampai Aberdeen sebelum pukul 7 petang.
tengok gambar-gambar kawen diorang.
borak-borak perihal kawen.
saya kan nak kawen, kenalah tahu bape bajet dan apa perasaan.
'biasa jerk' jawab si suami.
bila tengok gambar akad nikah dia pun memang nampak biasa aje :))
tapi aku boleh agaklah rasa resah tu lebih pada pihak perempuan.
belanja nak kawen aje dah mahal.
tu baru satu pihak.
kalau pihak sana pun nak buat meriah-meriah juga, macam mana?
terima kasihlah Cik Puan Haniza dan Dr Mahmud sebab sudi amik saya kat hospital dan berbaik hati nak anta saya balik. hahaha!
rindu! rindu! rindu!
*Oh! Niza kata saya dah mengecut! hahahaha! sibuk stadi kot?! :P