lapa gila nak mati.buat kesekian kalinya aku rasa aku mahu passed out.
selalunya kalau di sekolah memang aku boleh amik gula-gula ke, cokelat ke atau cari tempat duduk.
kali ni aku hampir pengsan di TESCO.
ironi betul sebab aku dah makan tengah hari tadi.
separuh paket couscous segera.
takkan tak kenyang lagi kot?
nasib baik aku cepat2 paut apa-apa yang ada kat situ.
kalau ada Cik I ke PIC ke, lehlah diorang cari air ke apa.
ni sorang-sorang pulak tu, siapalah nak tolong.
pastu aku capai aje apa yg ada depan aku.
takkan nak capai sayur la pulakkan?
lagi satu: selalu aku pesan kat orang lain - SILA JANGAN SHOPPING BILA MASA PERUT LAPAR.
selalu bila aku shopping aje takdelah sampai 25pound. Cuba teka petang ni aku berbelanja berapa?
lebih 11 pound ok? aku tatau aku beli ape.
ni kes nak cepat dan sangat sangat sangat lapar.
bila dah balik, keadaan rumah bersepah gila membuatkan aku lagi rasa nak pengsan.
dengan posmen jatuhkan pasu bunga depan rumah (habis bersepah tanah-tanah atas carpet)
dengan dua kotak besar gabak berisikan barang2 nak pos balik Malaysia.
dengan baju kering yang belum berlipat.
SEPAH! SEPAH!
ok, kensel kelas pilates petang ni.
SILA KEMAS RUMAH DULU BOLEH x?
haih. malaslah.
baik gi tengok Angels and Demons.