Wednesday, 6 May 2009

selamat.pagi.dundee!

Photobucket mata pedih-pedih, tatau kenapa.

semalam aku balik dari sekolah takdelah lambat sangat.
tapi cukup lambatlah untuk tunggu pintu masuk hospital terkunci.
heh.

semalam sampai aje rumah aku gayut dengan Cik Hudie_Hud.
kesian dia, terpaksa layan aku yang tak berapa best ni.
tiap-tiap kali aku tepon dia, mesti dia cakap "kan best kalau kau ni lelaki, mesti jadi boyfriend aku"

haihhh...

selepas aje bergayut dengan dia, sedar-sedar aku tertidur.
sedar-sedar matahari dah naik.
sedar-sedar dah pukul nam.
apa?! pukul nam?
NAPE TAK PUKUL DOBLAS?!

aku stress.
aku tahu kalau aku dah bangkit memang sah sah susah nak tidur balik.
tapi aku cubalah juga.

tiba-tiba...

masa aku golek-golek cari ilham nak tidur, aku teringatkan kata-kata seorang hamba Allah ni.
kata-kata dia pada aku tak boleh pakai sangat.
macam ayat si penagih dadah cakap pada kau "jangan hisap dada(h)"
kau rasa kau nak percaya ke drug addict cakap mcm tu kat ko?

oh sambung cerita tadi.
seorang hamba Allah ni pernah kata pada aku.
"kau ni pandai dalam pelajaran, tapi fail dalam hidup"
aku terima mesej tersebut dari Malaysia, dalam waktu-waktu macam ni lah - tiga tahun lepas.

aku terkejut. tak keruan dan blur.

sebab?

pertamanya : aku terkejut orang tu bagi text macam tu pagi-pagi (tak) buta.
keduanya : aku tak kenal perempuan itu.
ketiganya: wtf? apa hal kau nak cari gaduh dengan aku?

the last thing (if) i need to do today is to hurt somebody's feeling.

masa aku terima text tu, aku diam.
aku fikir-fikir apa yang aku buat yang buat hidup orang lain merana.
mungkin aku yang tak faham ayat tersebut ataupun mereka tak boleh terima cara aku hidup.

untuk accusation yang tadi aku ada beberapa soalan berbangkit:
1) jika kamu punya seorang lelaki yang buat anda lebih dari seorang gf tapi tak declare sebab anda yang tak mahu declare, kamu rasa kamu tiada hak ke ke atasnya? apa beza gf/tunang/teman tapi mesra? TIADA HAK. aku baru tahu hari ini.
2) jika kamu meminta seseorang merahsiakan sesuatu perkara, he/she breaks it - rahsia terbongkar - dan orang anggap kau yang bersalah padahal the real thing is the other way around - patutkah aku rasa bengang tahap hulk? tapi orang kata aku tak perlu rasa bengang pun sebab AKU TIADA HAK.
3) jika lelaki itu (yang aku rasa tak patut katakan lelaki sebab dia layak kena kasi) bermanja-manjaan dengan perempuan yang super gedik, patutkah aku rasa mengamuk juga? sekarang aku baru tahu tak perlu mengamuk pun. Maybe they deserve each other.
4) aku ni QUEEN CONTROL ke? owh! yang ini? mungkin kot.

aku rasa aku hidup dengan cara yang betul. aku peduli apa orang tu kutuk aku itu ini. satu aje peraturan hidup kalau kau nak cuba hidup dengan manusia-manusia di sekeliling kau.

kau tak boleh puaskan hati semua orang.

senang cerita.
untuk orang tidak faham bagaimana kau jalankan hidup kau, nyahkan mereka dari pemikiran kau.
untuk orang yang tidak faham dan buat-buat tak faham (ignorant) - manusia macam ni toksah ada pun tak apa.
untuk orang yang masih tak faham-faham - tak perlu suruh mereka pergi sekolah balik. mereka tetap benak.

nak tahu apa kesudahan cerita tadi? aku fight balik. tahu pula dia meradang. dah dia kata aku fail dalam hidup - meh aku tunjuk macam mana orang fail dalam hidup bersandiwara.

dan nak jadi cerita - aku yang meminta maaf dan ceritakan segala-galanya yang benar. Meminta maaf dahulu boleh membunuh ego setinggi gunung kamu tahu? Aku tahu sebab dari mula aku tahu aku sudah menang.

sudah tiga tahun berlalu, siapa yang fail dalam hidup sekarang?

*senyumsimpul*