cuba untuk berbuat rajin. hujung minggu yang lalu sungguh sibuk.
jumaat malam sahaja dah ada usrah bersama-sama dengan saudara baru, SIMONE.
aku kagum dengan dia.
kali terakhir aku berjumpa dengan dia bila majlis kawen saudara baru yang merangkap jiran/kawan baik - Natalja.
masa tu dia belum convert lagi (aku tak paham kenapa orang sini panggil revert).
masa aku ambil dia di Institut Al-Maktoum aku agak terkejut juga dia sudah memakai tudung.
tenang aje dia.
tasbih di jari, bibir basah dengan Kalamullah.
masa majlis usrah tersebut, kami bincangkan perihal monotheism.
dia bertanya - kenapa dalam agama Yahudi, Kristian dan Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu Allah, tapi hanya Islam agama yang diterima?
Bukankah penganut Yahudi dan Kristian ada yang baik-baik sahaja?
Teringat aku pada ceramah Ustaz Erfino minggu lepas pada kursus Pra-Perkahwinan.
'Ikutlah Allah dan Rasul Allah (Muhammad)' maknanya ayat itu berjalan seiring.
Itu sahaja yang membuatkan agama Yahudi dan Kristian ditolak.
Kerana mereka tidak mempercayai Muhammad sebagai Rasul.
Simone orang Romania.
Perilaku dia nampak tegas dan beliau memang tegas pun.
Aku tetiba rasa segan berdiri dan duduk sebelah dia sbb aku rasa imannya lagi kuat dari aku.
Aku malu.
Aku malu.
Aku malu.
----
Cik Nunu datang Dundee melawat aku.
Kesian dia, aku rasa dia ada banyak gila aktiviti nak buat kat Aberdeen tapi dia sanggup turun ke pekan kecil nak jumpa aku yang tak best ni.
Sampai sanggup lari pecut sebab rasa-rasa macam tertinggal bas.
Oleh kerana dia bersusah payah ke rumah aku, aku masakkan dia nasi lemak lauk sotong. siap ada kangkung lagi tu!
Aku masakkan dia Beef Rib bakar sebab dia selalu kata nak makan benda alah tu.
untuk dia aje, aku naik 3 kilo hujung minggu ini sahaja!
haihhhh!
suka layan gelagat si nunu ni sbb dia seorang teman yang baik.
kalau tanya semua orang, takde sapa kata dia benci nunu.
sapa yang cakap mcm tu, aku memang bersedialah nak ganyang-ganyang budak tu.
cik nunu ni mungkin nak balik Malaysia for good.
Untuk hari graduasi dia sahaja aku dah beli dress yang sangat cantik dan bersedia untuk turunkan 3 kilo lagi untuk melaram pada hari bersejarah beliau.
hai, dah rindu dia, boleh?
aku cadang nak bawak dia jalan-jalan ke Stirling tapi cuaca macam tak cantik pulak.
pastu dia merengek-rengek nak tengok Final American Idol la plak.
selalu ayat dia mcm ni lah 'kalau kau nak pergi, aku ikut aje...'
omg! reverse psychology kot?
Last-last aku bawak dia ke St. Andrews.
Aku agak-agak terkejut jugaklah sebab dia kata last time dia pergi St. Andrews masa dengan aku dulu, masa aku buat MSc.
Kali ni masa nak pergi tu memang hujan bangat.
Tapi duduk UK, kau dah boleh agak - seminit karang hujan, seminit nanti cerah, seminit lagi ribut taufan. Macam-macam.
Kebetulan masa kami pergi, terdapat segerombolan


----
Hari Ahad pulak Nunu memang sukalah sbb dapat tengok show AI dia tu. Sambil tengok sambil makan nasi lemak. Perghhh... memang betullah macam hari Ahad kat Malaysia.
Kemudian kitorang pergilah carboot sale.
Kononnya nak cari gitar.
Aku tetiba datang angin gila nak cari gitar.
Tapi apa yang kami jumpakan adalah....
Lamp shades.
Lamp shades.
Lamp shades.

Si nunu ni asal nampak lamp shades terus dia nak beli (kalau murahlah).
Aku kata 'lepas ni bolehlah bukak galeri lampu kat bilik ko.'
Lepas Nunu balik Aberdeen
aku ajak PIC habiskan semua nasi lemak yang ada.
sambil-sambil makan sambil tonton Night At The Museum.
Sian si PIC, dia nak study - aku gi kacau dia.
NASIBLAH kan! sapa suh kawan dengan aku :))
----
Hari ISNIN.
Masa meeting tadi, Co-Supervisor aku minta aku buat lab talk.
maknanya dia suh aku present semua data-data yang ada. GOOD AND BAD.
Maknanya hujung minggu ni aku takleh pergi mana-mana.
Mana nak siapkan report lagi.
Nak buat poster lagi.
Nak buat powerpoint lagi.
Pastu suh aku bercakap kat depan lagak si lecturer?
Skang ni aku update blog dari office aku.
Dah malam tapi tak reti-reti nak balik lagi.
MissCC, sila balik skang boleh?
*Oh ye, terima kasih diucapkan kepada Miss Lam sebab sudi belanja saya makan tengah hari tadi. Tiba-tiba saya rasa sangat disayangi. Hahaha!
** Terima kasih juga kepada Cik Nunu sebab hadiahkan saya cincin ni! Dia kata "....kan nanti aku nak balik Malaysia dah...." uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
