Tuesday, 12 May 2009

resipi.kek.yang.tak.bape.jadi.

Ingat tak bila aku kata aku nak post resipi kek yang aku buat aritu?
Tapi tak jadi sangat sebab basic kek itu adalah double cream, bila letak pada suhu bilik, kek itu menjadi cair. Mungkin kek ini sedap dimakan di kutub utara ataupun kutub selatan. Bila di Norway ataupun Rusia pun kek ini akan jadi sedap juga. Tapi paling sedap jika dimakan dalam igloo la.

Cara-cara membuat Kek Berperisa Lemon atau dalam bahasa Inggerisnya - Lemon Gateau (nama nak boombastik aje)

salin...salin...

pukul 1 tub mentega dan 2 cawan gula sampai kembang. masukkan 6 biji telur (kuning telur sahaja).

masukkan setengah tub double cream dan hirisan kulit lemon. perah 2 biji lemon. kacau lagi.


pukul putih telur (baki 6 biji tadi) sampai kembang (seperti di atas). kemudian gaul rata bersama dengan adunan mentega.

belah separuh finger sponge (dijual untuk trifle). susun sebagai base di dalam acuan yang ada seperti gambar di bawah.

layerkan adunan tadi ke atas base.


layerkan lagi trifle sponges di atas adunan tadi. ulangi sehingga habis.
hiasi dengan meringue ataupun choc chips. sejukkan di dalam peti sejuk semalaman.